(Perbualan diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dari Bahasa Iban.)
Situasi 1:
Tengah syok-syok melalak sendiri dalam bilik, tiba-tiba Mummy datang bilik dan,
Mummy: Mang (nama panggilan di rumah), jom ikut Mummy cari Pimo (cousin), cikgu dari sekolah dia kol Daddy dan beritahu dia tidak datang sekolah.
Suasana jadi sunyi kejap, sebab apa sebab saya blur sebentar, *haa betul kah apa yang saya dengar? Kemudian, dengan segera bangun dari menatap laptop terus tukar pakaian.
Mummy ajak cousin sebelah cari bersama sebab anak cousin pernah ada sejarah ponteng sekolah dan lepak di cyber cafe, mana tahu dia yang ajak Pimo ponteng sekolah.
Cari-cari pusing kawasan perumahan dan cari kat cyber cafe yang disyaki tapi tidak juga jumpa dan pergi la ke sekolah cari anak buah kat kelas dia.
Kebetulan time tu masa rehat, terjumpa cikgu di luar kelas kemudian tanya "Nakata (anak buah) ada kat kelas kah tadi"? Cikgu kata ada siap hantar kerja lagi.
Okay, maksudnya Pimo pandai ponteng seorang2 lah ni. *Mummy dah marah sangat time ni.
Dengan hati yang kecewa tak dapat cari Pimo, keluar la dari sekolah kemudian lalu sekolah ternampaklah Pimo dan kawan2 dia lepak di pondok tepi kolam dalam sekolah tu.
Mummy berhenti tepi jalan dan pergi jumpa Pimo tanya betul kah dia ponteng. Saya bersama cousin tunggu dalam kereta. Saya pun dah agak panas juga time tu sebab nak marah cikgu bagi salah info =.= hampeh punya cikgu. Nasib baik cikgu tu tak angkat telefon time saya kol kalau tak habis la kena.
Rupa-rupanya cikgu tu tak cek Pimo ada dalam kelas ke tak hari tu just simply say, "oh Pimo tak datang sekolah hari ni" BODOH (*oppsis termarah) punya cikgu. Rupa-rupanya pasal Pimo tak bagi Medical Leave time dia kena chicken pox hari tu. Tapi jangan la sampai kata dia tak datang tadi kalau belum cek di kelas. No brain at all. Menyusahkan orang saja.
Situasi 2:
Berlegar-legar di ruang tamu di depan Mummy yang dah ready nak hantar Way (younger bro) ke tuisyen.
Saya: Mummy, jom pergi Pizza :D
Mummy: Ada duit kah?
Tersengih-sengih sebab takda duit dan minta Mummy belanja..hehe..beberapa minit kemudian,
Mummy: Bah kenapa tak tukar pakaian kalau nak pergi Pizza Hut?
Bah apalagi berlari macam pecut 100m pergi bilik tukar. Yeayyy..Daddy pun spoting juga malam ni sebab nak gi Pizza juga. Thanks Mum and Dad, you are the best. :)
Disebabkan promotion 50% discount untuk menu kegemaran saya la excited nak pergi iaitu Honey BBQ Chicken. :D
Situasi 3:
Situasi ni diambil dari perbualan melalui Facebook Chat dengan Mr. L.
Nama pun dah mula dari L = Loserrr *opps no offense to others yang nama mula dari huruf L, yang ni hanya ditujukan kepada manusia tu. Maafla sebab marah2 begini.
Lama dah bersabar dan tahan saja rasa marah. Tiap kali dah kena marah takda guna juga kalau dia minta maaf sebab dia buat dan ulang balik benda yang sama. Adakah muka saya ni muka yang tak setia pada yang satu dan lebih2 lagi dia ajak pergi Date dan request macam2? Ya saya mengaku dulu memang saya seorang yang tak setia sangat tapi sekarang dah berubah. Everyone can change, right? :D
Ingat saya ni perempuan murahan kah? Setia tak setia pun bukan masalahnya sekarang tapi kamu buat macam saya ni perempuan murahan. Oh pleaseee, how many time I have to tell you that I have boyfriend already. And you know what did he answered me after I said that?
L: Sebab bf awak jauh sebab tu saya berani kacau awak. Manatahu kan saya dapat kamu nanti.
I was like? Whattt??
L: Tahu la saya tak hensem, saya tak layak untuk kamu. Jom date dengan saya, saya ambil kamu sekarang. Satu jak saya request, saya nak pegang jari awak saja. Boleh kan? Atau tak boleh?
Weyh, rasa nak tercabut jantung sebab rasa nak meletup saja depan dia. Cakap tak pakai otak. Orang dah kata tadi kan tak boleh sebab saya dah ada orang yang punya. Study high-high but STUPID never finish *ayat yang recently saya terbaca kat Facebook. Bagus untuk gambarkan situasi dia tu.
Kan dah kena remove dari Friends Lists. Now you cannot stalk me. YESSS!! You deserved it!
Forgive my sins, oh God because I cannot control my temper and I posted it here.
Alright, that's all what had happened today that made my day. :) Now, at 11.52pm I stop writing.
